Petikan Injil Barnabas Bab 221 Barnabas

221: Jesus perintah Barnabas Menulis

Jesus memalingkan dirinya kepada orang yang menulis, dan berkata: "Barnabas, lihatlah bahawa dengan segala cara kamu tulislah Injilku [ini] mengenai apa yang telah berlaku sepanjang aku menetap di dunia. Dan tulislah dengan gambaran yang sama seperti mana yang  dialami oleh Judas, agar orang yang setia itu tidak tertipu, dan semoga semua manusia percaya kepada kebenaran. " Maka jawab orang yang menulis: ". Saya akan berbuat demikian, jika diizinkan Tuhan, ya Tuan Guru, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Judas, kerana saya tidak melihatnya"

Jesus menjawab: "Disini ada John dan Peter yang melihat segala-galanya, dan mereka akan memberitahu kamu tentang semua yang telah berlalu." Dan kemudian Jesus meminta kepada kami untuk memanggil murid-muridnya yang setia supaya mereka dapat berjumpa dengannya. Jadi James dan John memanggil tujuh murid-murid lain beserta Nicodemus dan Joseph, dan  juga yang lain-lain daripada yang tujuh puluh dua itu, lalu mereka makan bersama Jesus.

Pada hari ketiga Jesus berkata, "Pergilah ke Bukit Zaitun bersama ibuku, sebab di sanalah aku akan naik semula ke langit, dan kamu akan melihat siapa yang akan membawa ku keatas." Jadi mereka semua telah pergi ke sana kecuali dua puluh lima orang daripada tujuh puluh dua murid-murid [nya], yang kerana ketakutan telah melarikan diri ke Damsyik. Ketika mereka semua berdiri dalam solat, pada tengah hari Jesus datang bersama sejumlah besar para malaikat yang senantiasa memuji Tuhan: dan keindahan wajahnya menjadikan mereka sangat ketakutan sehingga mereka menurunkan wajah mereka tersebam di atas tanah. Tapi Jesus menangkat mereka, menenangkan mereka, seraya berkata: "Janganlah takut, [kerana] akulah Tuan Gurumu."

Dan dia menempelak kebanyakkan [orang[ yang mempercayai bahawa dia telah meninggal dunia dan [kemudian] bangkit semula, dengan berkata: "Adakah kamu menganggap aku dan Tuhan [itu] sebagai pendusta? Telah ku katakan kepadamu bahawa Tuhan telah mengurniakanku untuk hidup [hingga] hampir ke kiamat. Sesungguhnya aku berkata kepadamu, aku tidak mati [ketika itu], ia adalah Judas si pengkhianat. Berhati-hatilah, kerana Syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk menipumu. Jadilah saksi [buat diri] ku di Israel, dan di seluruh dunia, bagi semua perkara yang kamu [semua] telah dengar [dan] lihat."

Setelah bersabda demikian, dia berdoa [pada] Tuhan untuk keselamatan orang yang beriman, dan keampunan [bagi] orang-orang berdosa dan [kemudian], doanya berakhir, dia memeluk ibunya lalu berkata: "Salam sejahtera buat mu [duhai] ibu ku. Bertawakkallah pada Tuhan yang menciptakan kamu dan aku." Dan setelah berkata demikian, dia berpaling kepada murid-muridnya, [seraya] berkata: ". Semoga rahmat dan belas kasihan Tuhan bersama kamu [semua]." Kemudian di depan mata mereka empat malaikat membawanya ke langit.